Thursday, March 19, 2009

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Assalamulaikum wbt.

Ingin berkongsi satu forwarded emel yg saya dpt. Boleh menjadi satu tazkirah (peringatan) yg baik utk kita yg sentiasa berada di 'zon selesa'. Mungkin ada yg pernah baca, tapi anggaplah ini sbg peringatan kedua.

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.SAAT Peperangan bermula….Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..Anda menangis ketakutan….Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…Anak kecil ditembak didepan mata…Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..dan tidak kurang juga yang cedera parahh...Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….Apa yang anda Harapkan pada masa itu????Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…BANTUAN ALLAH….BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??fikir-fikirkan… .

Wednesday, March 11, 2009

Buat tatapan semua

10 SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH


SABDA RASULULLAH SAW " SESIAPA YANG SOLATNYA ITU TIDAK DAPAT MENGHALANGNYA DARI MENGERJAKAN PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR MAKA SESUNGGUHNYA SOLAT ITU HANYALAH MENAMBAHKAN KEMURKAAN ALLAH KEPADANYA DAN IA SEMAKIN JAUH DARI ALLAH"

SABDA BAGINDA LAGI " SESIAPA YANG MEMELIHARA SOLATNYA MAKA SOLAT ITU AKAN MENJADI CAHAYA PETUNJUK DAN JALAN SELAMAT BAGINYA TETAPI BAGI SESIAPA YANG TIDAK MEMELIHARA SOLATNYA MAKA SOLAT ITU TIDAK AKAN MEMBERI CAHAYA, PETUNJUK DAN JALAN SELAMAT UNTUKNYA."

10 GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA OLEH ALLAH IAITU:

1.Orang lelaki yang solat sendirian dengan tidak membawa (memakai) sesuatu

2.Orang lelaki yang menunaikan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat

3.Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum di belakang membencinya

4.Orang lelaki (hamba) yang melarikan diri dari tuannya

5.Orang lelaki yang meminum arak dan tidak mahu meninggalkannya (bertaubat)

6.Orang perempuan yang suaminya masih marah kepadanya

7.Orang perempuan yang menunaikan solat tanpa memakai tudung

8.Orang lelaki yang menjadi imam atau pemimpin tetapi berlagak sombong, zalim serta suka menganiaya

9.Orang yang memakan riba

10.Orang yang solatnya tidak boleh menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar



10 GOLONGAN TERMASUK KAFIR


SABDA RASULULLAH SAW, "ADA 10 JENIS GOLONGAN MANUSIA DARI UMATKU INI YANG MANA MEREKA TELAH TERMASUK DALAM GOLONGAN KAFIR TERHADAP ALLAH SEDANGKAN MEREKA MASIH MENGIRA BAHAWA MEREKA MASIH BERIMAN. MEREKA IALAH...

1.MEMBUNUH TANPA JALAN HAK (BATIL)

2.TUKANG SIHIR

3.SUAMI YANG TIDAK MERASA CEMBURU TERHADAP ISTERINYA (DAYUS)

4.ORANG YANG MENAHAN DIRINYA DARI MENGELUARKAN ZAKAT

5.ORANG YANG MEMINUM ARAK

6.ORANG YANG TELAH CUKUP SYARAT UNTUKNYA MENUNAIKAN HAJI TETAPI MASIH MAHU MENANGGUHKANNYA LAGI

7.ORANG YANG SUKA MEMBUAT FITNAH

8.ORANG YANG MENJUAL SENJATA KEPADA MUSUHNYA (BELOT)

9.ORANG YANG BERSETUBUH DENGAN ISTERINYA MELALUI DUBUR

10.ORANG YANG MENIKAHI PEREMPUAN YANG MENJADI MUHRIM KEPADANYA (ADA HUBUNGAN KEKELUARGAAN)



10 KECELAAN PEMINUM ARAK


IMAM ABU LAITS TELAH MEMPERINGATKAN TENTANG 10 KECELAAN AKIBAT DARI MEMINUM ARAK IAITU...

1.PEMINUM ARAK AKAN MENJADI SEPERTI ORANG GILA KERANA AKALNYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK DAN TERCELA PADA PANDANGAN ORANG WARAS

2.MEMINUM ARAK ADALAH PERBUATAN MEMBAZIR KERANA MEMBELI SESUATU YANG TIDAK MEMBAWA MANFAAT MALAH MENDATANGKAN MUDHARAT

3.BOLEH MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN PERSENGKETAAN

4.MENJADIKAN PEMINUMNYA LALAI DARI MENGERJAKAN SOLAT DAN MENGINGATI ALLAH

5.BOLEH MENJERUMUSKAN SESEORANG ITU KE LEMBAH PERZINAAN SERTA BERLAKUNYA KERUNTUHAN RUMAH TANGGA

6.ARAK ADALAH KUNCI PADA SEGALA KEJAHATAN, BILA AKAL SUDAH TIDAK WARAS MAKA PEMINUMNYA AKAN MELAKUKAN APA SAJA SEPERTI MEROMPAK, MEROGOL, MEMBUNUH DAN SEBAGAINYA

7.MEMINUM ARAK MENYEBABKAN MALAIKAT MENJAUHKAN DIRINYA DARI KITA MAKA BAGAIMANAKAH NASIB KITA BILA RAHMAT ALLAH SEMAKIN JAUH

8.PEMINUM ARAK AKAN DIJATUHI HUKUMAN ROTAN SEBANYAK 80 SEBATAN, JIKA TERLEPAS DI DUNIA MAKA DI AKHIRAT KELAK IA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI

9.SELAMA 40 HARI AMAL KEBAJIKANNYA TIDAK AKAN DIANGKAT OLEH MALAIKAT KEPADA ALLAH

10.DIKHUATIRKAN IA AKAN MATI DALAM KEADAAN KAFIR SEBELUM SEMPAT BERTAUBAT



10 GANJARAN MEMULIAKAN ZULHIJJAH

BERKATA SEBAHAGIAN ULAMAK, "SESIAPA YANG MEMULIAKAN HARI-HARI YANG BERLALU DALAM BULAN ZULHIJJAH NESCAYA IA AKAN DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH DENGAN 10 JENIS KEISTIMEWAAN IAITU...

1.BERKAT PADA UMURNYA

2.BERTAMBAH REZEKINYA

3.KEHIDUPAN RUMAH TANGGANYA AKAN TERJAMIN

4.DAPAT MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA SERTA KESALAHAN YANG LEPAS

5.AMAL IBADAT SERTA KEBAJIKAN AKAN DIGANDAKAN

6.ALLAH AKAN MEMUDAHKANNYA PADA SAAT SAKARATUL MAUT

7.ALLAH AKAN MENERANGI KUBURNYA SELAMA IA BERADA DI ALAM BARZAKH

8.ALLAH AKAN MEMBERATKAN TIMBANGAN AMAL KEBAJIKANNYA BILA BERADA DI MAHSYAR

9.SELAMAT DARI KEJATUHAN KEDUDUKANNYA DI DUNIA

10.MARTABATNYA AKAN DINAIKKAN PADA SISI ALLAH




10 JENIS DOA YANG DI TOLAK OLEH ALLAH


BERKATA IBRAHIM BIN ADHAM, "WAHAI PENDUDUK BASRAH! HATI KAMU SEMUA TELAH MATI KERANA DITUTUPI OLEH 10 PERKARA, OLEH SEBAB ITULAH DOA KAMU TIDAK DIPERKENANKAN ALLAH. KETAHUILAH 10 PERKARA ITU IALAH ...

1.KAMU SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH TETAPI KAMU TIDAK PERNAH MENUNAIKAN HAK-HAKNYA.

2.KAMU SEMUA MEMBACA ALQURAN TETAPI TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARIPADA ISI KANDUNGANNYA

3.KAMU SEMUA MENGAKU MENCINTAI RASULULLAH S.A.W. TETAPI SEBALIKNYA KAMU TELAH MENINGGALKAN SUNNAHNYA.

4.KAMU SEMUA MENGAKU BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KETAT KAMU TETAPI MASIH ADA DIANTARA KAMU YANG MENGIKUTI JEJAK LANGKAHNYA

5.KAMU SEMUA TERLALU MENGHARAPKAN SYURGA TETAPI TIDAK PERNAH MELAKUKAN AMALAN-AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMU KE SYURGA

6.KAMU SEMUA MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN TERSELAMAT DARI NERAKA JAHANAM TETAPI DIANTARA KAMU MASIH ADA YANG MELAKUKAN AMALAN-AMALAN AHLI NERAKA

7.KAMU SEMUA JUGA MENGAKU BAHAWA KEMATIAN ITU ADALAH PERKARA BENAR TETAPI SEDIKITPUN KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA.

8.KAMU SEMUA SENTIASA MENCARI KEBURUKAN DAN KECELAAN SAUDARA-SAUDARA KAMU TETAPI KAMU TIDAK PERNAH CUBA MENCARI KECELAAN DIRI KAMU SENDIRI

9.KAMU SEMUA TELAH MERASAI BEGITU BANYAK SEKALI NIKMAT PEMBERIAN DARI ALLAH S.W.T. TETAPI TIDAK PERNAH SEKALIPUN KAMU MAHU BERSYUKUR KEPADANYA.

10.KAMU SEMUA TELAH MENGUSUNGKAN JENAZAH KE PERKUBURAN LALU MENGKEBUMIKANNYA TETAPI KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA ITU.